Penawaran program akademik bermula dari peringkat Pensijilan Kompetensi, Eksekutif Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana & Doktor Falsafah. Sejak penubuhan Akademi PKNS sehingga hari ini, lebih 200 orang graduan dari kalangan anggota Kumpulan PKNS telah menamatkan pengajian & kebanyakkan telah mengalas jawatan penting di organisasi masing-masing. Ini membuktikan bahawa agenda pembelajaran sepanjang hayat ternyata telah membuka peluang kepada pelajar dalam menikmati manfaat jangka panjang.
Selain daripada universiti awam & swasta, Akademi PKNS turut berkolaborasi dengan beberapa agensi kerajaan, institusi & pemain-pemain industri dalam membangunkan program & khidmat rundingan yang memberi impak signifikan kepada pelanggan dari segi peningkatan pendapatan, pengurangan kos, penambahbaikan proses kerja & pemantauan keberkesanan sesuatu initiatif.