Penawaran program akademik bermula dari peringkat Pensijilan Kompetensi, Eksekutif Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana & Doktor Falsafah. Sejak penubuhan Akademi PKNS sehingga hari ini, lebih 200 orang graduan dari kalangan anggota Kumpulan PKNS telah menamatkan pengajian & kebanyakkan telah mengalas jawatan penting di organisasi masing-masing. Ini membuktikan bahawa agenda pembelajaran sepanjang hayat ternyata telah membuka peluang kepada pelajar dalam menikmati manfaat jangka panjang.