Strategi bermula dengan tujuan akhir yang ingin dicapai. Penetapan matlamat strategik memberi impak yang besar terhadap halatuju Akademi PKNS. Ia mempengaruhi bagaimana Akademi PKNS menggunakan kapasiti & kapabiliti dalam mengorak langkah lebih jauh pada masa hadapan. Kejelasan matlamat memudahkan Akademi PKNS untuk terus kekal fokus dalam mengatur strategi, pelan tindakan & sasaran.
Antara matlamat strategik Akademi PKNS adalah:-
Menyediakan program pembangunan latihan & akademik yang berkualitiĀ
Memacu penciptaan nilai meningkatkan keupayaan organisasi
Menggalakkan sinergi & peluang kerjasama dengan agensi kerajaan, badan profesional & institusi pengajian tinggiĀ
Mengembangkan perniagaan & mempelopori peluang perniagaan baru bagi menjana pendapatan
Menjadi pemain penting dalam mentransformasi kaedah pembelajaran & sistem penyampaian melalui pembudayaan inovasi