AP Design & Print

Pengembangan perniagaan merupakan salah satu matlamat strategik Akademi PKNS. Kami telah menceburi bidang rekaan grafik & percetakan di bawah jenama AP Design & Print. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan idea, konsep, reka bentuk & bahan percetakan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Kami percaya kepada idea yang segar & terkini bagi menjadikan produk atau perniagaan anda menyerlah.

Untitled-design-30 AP Design & Print

Kami menyediakan penyelesaian sehenti (One Stop Centre) untuk reka bentuk kreatif dan perkhidmatan media visual, Cetakan Digital Pantas (Digital Fast Print), Percetakan Inkjet Format Besar (Large Format Inkjet Printing) dan Percetakan Offset Umum (General Offset Printing).

Sama ada anda mencari brosur berkualiti tinggi, pembungkusan inovatif, alat tulis atau papan tanda, pasukan kami akan bekerjasama dengan anda untuk memahami keperluan anda dan spesifikasi jenis percetakan semasa proses reka bentuk.