GoDigital merupakan initiatif terbaru Akademi PKNS dalam menginovasikan kaedah pembelajaran, dari konvensional kepada penggunaan teknologi. GoDigital, platform pembelajaran secara digital atau juga dikenali sebagai e-learning, menyediakan pengalaman pembelajaran baru kepada pengguna. Misi Akademi PKNS adalah menjadi Pusat Kecemerlangan Kepimpinan dengan mengintegrasikan kaedah pembelajaran yang disokong oleh teknologi serta menggalakkan pembelajaran secara ‘learner-centred’ selari perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).