Strategic Goals

Untitled-design-28 Strategic Goals

Akademi PKNS berpegang kepada kekuatannya sebagai anak syarikat kepada organisasi yang terunggul dalam sektor hartanah di negara ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Penubuhan Akademi PKNS dizahirkan atas hasrat PKNS mempelbagaikan bidang perniagaan baru supaya dapat melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi Kerajaan Negeri Selangor melahirkan warga kerja sektor awam & swasta yang kompeten selain menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama.

PENETAPAN MATLAMAT STRATEGIK

Strategi bermula dengan tujuan akhir yang ingin dicapai. Penetapan matlamat strategik memberi impak yang besar terhadap halatuju Akademi PKNS. Ia mempengaruhi bagaimana Akademi PKNS menggunakan kapasiti & kapabiliti dalam mengorak langkah lebih jauh pada masa hadapan. Kejelasan matlamat memudahkan Akademi PKNS untuk terus kekal fokus dalam mengatur strategi, pelan tindakan & sasaran.

Antara matlamat strategik Akademi PKNS adalah:-

1-3 Strategic Goals

Kualiti

Menyediakan program pembangunan latihan & akademik yang berkualiti 

2-3 Strategic Goals

Nilai

Memacu penciptaan nilai meningkatkan keupayaan organisasi

3-2 Strategic Goals

Sinergi

Menggalakkan sinergi & peluang kerjasama dengan agensi kerajaan, badan profesional & institusi pengajian tinggi 

4-1 Strategic Goals

Pengembangan

Mengembangkan perniagaan & mempelopori peluang perniagaan baru bagi menjana pendapatan

5 Strategic Goals

Inovasi

Menjadi pemain penting dalam mentransformasi kaedah pembelajaran & sistem penyampaian melalui pembudayaan inovasi