Khidmat rundingan yang ditawarkan oleh Akademi PKNS bukan sekadar nasihat. Ianya adalah berbentuk Pendekatan Berasaskan Penyelesaian (Solution-Based Approach) berdasarkan amalan terbaik industri. Terdapat 3 proses kritikal yang digunapakai oleh Akademi PKNS dalam menjalankan khidmat rundingan kepada pelanggan.

Peringkat 1: Diagnostik / Kajian Literitur

Sesi diagnostik adalah proses terawal yang perlu dilakukan oleh pasukan perunding kami. Juga dikenali sebagai Sesi Stop-Look-Go, kami menggunakan beberapa kaedah atau tools seperti Root Cause Analysis, Affinity Diagram, Tree Diagram, Process Decision Program Charts (PDPC) & banyak lagi bagi mengenalpasti punca-punca kepada sesuatu masalah atau ruang penambahbaikan. Persoalan penting yang perlu dijawab adalah:

  1. Apakah masalah atau kekangan yang sedang dihadapi? 
  2. Mengapa anda menghadapinya? 
  3. Adakah terdapat ruang penambahbaikan? 
  4. Bagaimana menukar cabaran kepada peluang? 
  5. Sejauhmana kesan jangka pendek & jangka panjang kepada prestasi organisasi?

Proses ini amat penting bagi memberi gambaran lebih lanjut (Big Picture) mengenai perihal sesuatu masalah dan kemungkinan penyelesaian yang mendorong anda untuk memperbaikinya. Pasukan perunding kami, bersama-sama key personnel dalam organisasi anda, akan mengumpul maklumat kualitatif & kuantitatif sebelum menganalisa dapatan secara kritis. 

Peringkat 2: Menjana Penyelesaian Alternatif

Setelah sesi diagnostik dijalankan, kami akan mencadangkan ruang penambahbaikan sistematik bagi mengatasi kekangan yang dihadapi oleh organisasi. Pada peringkat ini, adalah penting mewujudkan pelan tindakan berlandaskan konsep SMART (Specific, Measurable, Achievable, Relevant, Time-Oriented), Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Sistem Pemantauan Prestasi Berautomasi & 3-Feet-Plan. 

Faktor Penentu Kejayaan merupakan elemen penting yang perlu dikenalpasti bagi mencapai kelebihan daya saing. Faktor Penentu Kejayaan membolehkan anda menghubungkan tindakan kepada hasil yang diingini. Faktor-faktor ini termasuklah kemampuan kewangan, modal insan kompeten, peranan pemegang taruh, sistem & struktur yang menyokong matlamat.

Peringkat 3: Pelaksanaan, Pemantauan, Penilaian & Pelaporan

Bagi memastikan pelaksanaan alternatif atau initiatif yang diambil berkesan, kami menawarkan khidmat bimbingan (handholding) strategik dan memantau pelaksanaan menggunakan ‘leading model’. Handholding merupakan bentuk sokongan atau bimbingan yang teliti kepada seseorang atau sekumpulan warga kerja semasa proses pembelajaran atau tempoh perubahan. 

Dalam peringkat ini, KPI yang dipilih perlu dijajar dan ditetapkan sebaiknya bagi tujuan pemantauan dan pengukuran prestasi. Kami akan membantu anda bagaimana menetapkan penurunan KPI yang bersifat ‘top-down approach’, memperincikan siapa yang bertanggungjawab terhadap initiatif, sasaran, tempoh masa & pelaporan secara berkala. Sekiranya sasaran yang ditetapkan tidak dapat dicapai atas sebab tertentu, pelan mitigasi atau penambahbaikan segera perlu diambil. 

Peranan kami adalah sebagai pemacu gerak kerja. Manakala di peringkat organisasi, sebuah unit khas yang akan menyelia, mengurus, memantau, menilai & melapor pencapaian hendaklah dibentuk.