PUSAT KECEMERLANGAN KEPIMPINAN PKNS

VISI

Menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Kepimpinan pilihan yang menawarkan program kepimpinan berstruktur & pemerkasaan organisasi di Malaysia.

MISI

Akademi PKNS menitikberatkan kualiti penyampaian dalam memastikan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi ekspektasi & menambah nilai kepada pelanggan. Justeru, ianya dapat dicapai melalui sinergi kepakaran tenaga pengajar & panel perunding yang terbukti berpengalaman dalam pelbagai bidang & industri.

Kami sangat komited menyediakan perkhidmatan bersifat ‘Solution & Service Oriented’ sebagai pendekatan paling berkesan dalam menjadikan organisasi anda terus berdaya saing, kekal relevan serta mampu membangunkan proses, sistem & keupayaan dalaman dalam dunia yang semakin mencabar & penuh ketidaktentuan ini.

Kami percaya dengan membangunkan kompetensi, kemahiran & pengetahuan modal insan setiap warga kerja akan menguatkan lagi daya tahan organisasi daripada sebarang perubahan luar jangka pada masa hadapan. Kekuatan sesebuah organisasi sangat berhubung kait dengan sistem dalaman yang menyokong, dinamik serta budaya kerja yang kompetitif. Kami adalah rakan transfomasi anda!

Klik pada butang (+) untuk ringkasan profil

PEMBELAJARAN INTERAKTIF & INOVATIF

Bermula tahun 2020, Akademi PKNS telah memperkenalkan Pembelajaran Secara Digital atau e-learning bagi menawarkan pengalaman pembelajaran baru kepada pelanggan. Penekanan dalam menyemarakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran akan terus menjadi tunjang utama kepada Akademi PKNS. Semoga Akademi PKNS kekal relevan dalam membina pemimpin-pemimpin sebagai pelaburan penting dalam konteks pembinaan negara.